Ya, murid-murid kelas PPKI 1 telah dibawa melawat ke perpustakaan sekolah. Sebelum itu, guru telah menerangkan tujuan lawatan tersebut. Antaranya ialah:
a. Melihat dan mengingat objek-objek yang terdapat di dalam perpustakaan.
b. Mengetahui peraturan-peraturan perpustakaan yang perlu dipatuhi.
c. Menyalin semula kata-kata hikmah yang terdapat pada poster-poster perpustakaan.
Di dalam perpustakaan pula, guru menerangkan fungsi dan peranan perpustakaan serta kepentingan kemudahan itu kepada murid-murid.
Murid menulis nama sebagai pengguna perpustakaan sekolah
Murid kusyuk menulis kata-kata hikmah
ya.. antara kata-kata hikmah yang amat bermakna
Sekian saja untuk kali ini. Semoga berjumpa lagi dan terima kasih kerana sudi membaca!
No comments:
Post a Comment