Pendidikan Bagi Bermasalah Pembelajaran

Definisi
Kanak-kanak bermasalah pembelajaran merupakan kanak-kanak yang telah dikenalpasti dan disahkan oleh pakar profesional klinikal sebagai mengalami kecacatan yang menggangu proses pembelajaran. Kecacatan yang dialami boleh dikategorikan mengikut tahap kefungsian kanak-kanak dalam kebolehan seperti yang dibawah:

a. Kebolehan kognitif
b. Tingkahlaku sosial/perkembangan sosial
c. Penguasaan bahasa lisan/pertuturan
d. Penguasaan membaca
e. Kemahiran perkembangan
f. Kemahiran matematik


Ciri-ciri
Ciri-ciri yang terdapat pada kanak-kanak bermasalah pembelajaran adalah seperti berikut:


a. Ciri-ciri fizikal
Secara kasar, bentuk fizikal kanak-kanak ini tidak jauh berbeza dengan kanak-kanak lain. Cuma, seringkali kanak-kanak ini berbadan lebih kecil.


b. Ciri-ciri intelek
Perkembangan kanak-kanak bermasalah pembelajaran adalah lewat dari kanak-kanak seusia. Ini adalah kerana sering kali perkembangan yang ditentukan oleh sekolah tidak mampu dicapai. Ini juga berpunca dari daya ingatan yang rendah dan tidak mampu memberi tumpuan dalam jangka masa yang panjang. 


c. Ciri-ciri sosial dan peribadi
Sikap dan nilai mereka seringkali tidak selaras dengan kanak-kanak seusia. Ada juga yang mempunyai rasa malu dan rasa rendah diri yang keterlaluan. Tanpa didikan atau bimbingan, mereka cenderung berasa kecewa bila gagal berulang.


Kurikulum
Kurikulum bagi kanak-kanak bermasalah pembelajaran adalah tertumpu kepada bidang bukan akademik khususnya dan juga bidang akademik.
Potensi yang ada pada diri mereka diperkembangkan secara optima dan meluas. Yang sebaik-baiknya ialah membantu mereka menjadi insan yang berdikari di kemudian hari.


Setiap kanak-kanak harus diberi peluang yang sama rata tidak terkecuali kanak-kanak bermasalah pembelajaran. Antara tujuannya ialah:


a. Menguasai kemahiran berkomunikasi
b. Menguasai kemahiran bergaul
c. Mengetahui dan memperkembangkan perasaan ingin tahu mengenai hal diri dan alam sekeliling
d. Menjaga kesihatan dan keselamatan diri
e. Menguruskan hal-hal kehidupan seharian
f. Mempunyai keyakinan diri dan konsep kendiri yang positif
g. Melibatkan diri dalam kegiatan rekreasi
h. Memahami keperluan perkembangan jasmani serta menguasai kemahiran motor
i. Menghayati dan mengamalkan nilai-nilai murni
j. Mengembangkan potensi, bakat, dan daya kreatif serta intelek






No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...