Pembukaan Program Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran telah dicadangkan pada tahun 2006. Namun, ianya belum beroperasi kerana masih tiada tenaga pengajar dan juga pelajar. Tujuan sebenar penubuhan program ini kerana belum ada program PKBP di sekolah menengah di bahagian Sri Aman dan ini menyebabkan pelajar yang tamat belajar di SK Abang Aing terpaksa menyambung pelajaran di Kuching. Jadi, bagi memudahkan pelajar PKBP lepasan sekolah rendah, maka PKBP dicadangkan ditubuhkan di SMK Sri Aman.
Pembukaan PKBP SMK Sri Aman bermula pada tahun 2007. Seorang guru telah ditempatkan dan selaku penyelaras pada bulan Mac 2007. Namun, kelas belum bermula kerana pelajar yang akan masuk ke program ini telah pun mendaftar di Kuching. Selain itu, pihak JPN Khas mencadangkan agar mencari pelajar yang bermasalah pembelajaran dari aliran perdana. Jadi, instrument penilaian telah dilakukan dengan bantuan guru pendidikan khas dari SK Abang Aing pada awal tahun 2007.
Hasil penilaian pelajar tersebut, seramai 6 orang pelajar dari aliran perdana mengikuti program ini untuk tempoh percubaan 3 bulan. Kesemua pelajar mengalami masalah pembelajaran. Proses Pengajaran dan Pembelajaran program ini bermula secara rasmi pada 9 Julai 2007. Dan subjek pelajar ialah Bahasa Melayu, Pengurusan Diri, Pengurusan Tingkah Laku dan Kemahiran Manipulative. Pelajar tersebut belajar di program ini secara inklusif seperti kelas pemulihan.
Pada tahun 2008, program PKBP dijalankan sepenuhnya, yang mana pelajar wajib belajar di kelas PKBP sepanjang sesi persekolahan mengikut kurikulum Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran sekolah rendah dan sekolah menengah. Guru yang bertugas masih lagi seorang dan memerlukan sekurang-kurangnya 2 orang guru baru. Pada bulan Mac 2008, 2 orang guru sandaran ditempatkan di program ini dan pada bulan jun, seorang PPM ditempatkan di sini. Bilangan pelajar bertambah menjadi 7 orang. Pelajar baru tersebut kurang upaya jenis cerebral palsi. Bilangan kelas masih lagi satu kelas. Di akhir tahun, bilangan pelajar menjadi 6 orang kerana seorang pelajar telah berpindah ke sekolah lain.
Pada tahun 2009, kelas PKBP menjadi 2 buah kelas. 5 orang pelajar menduduki PMR dan mengikuti kelas aliran perdana secara inklusif. Namun, pelajar ini masih juga mengikuti program khas dalam subjek Bahasa Melayu sahaja. Jadi, PKBP 2 terdiri daripada 5 orang pelajar yang menduduki peperiksaan PMR. Bilangan pelajar bertambah 2 orang. Jadi, Kelas PKBP 1 terdiri dari 3 orang pelajar. 2 orang lelaki dan 1 orang perempuan. Dua orang guru baru ditempatkan di program ini.
Pada tahun 2010, bilangan kelas masih lagi 2 buah iaitu PKBP1 dan PKBP2. Pelajar dibahagikan mengikut tahap keupayaan mereka membaca. Pelajar yang sangat lemah ditempatkan di kelas PKBP1 dan pelajar yang boleh membaca ditempatkan di PKBP2. Jadi, 2 orang pelajar di PKBP2 dan 6 orang pelajar di PKBP1.Manakala, Pelajar PKBP yang lepasan PMR telah menjalani inklusif secara penuh di kelas tingkatan 4.
No comments:
Post a Comment