Monday, 25 April 2011

Lembam (Slow Learner)

Bersua kembali! Sangat ceria sangat gembira! Kali ini PPKI SMKSA ingin sekali mengajak kalian untuk mengenali murid-murid LEMBAM atau SLOW LEARNER. Ini adalah kerana sebahagian besar murid-murid PPKI SMKSA adalah kategori lembam.

Baiklah, antara punca kanak-kanak mengalami lembam ini boleh dibahagikan kepada kategori yang berikut:

1. Dalam kandungan:
a. Ubat-ubatan yang diambil semasa hamil
b. Kesan semasa mengandung

2. Selepas lahir:
a. Intelek yang rendah
b. Kematangan yang lambat
c. Lemah daya ingatan
d. Kurang rangsangan
e. Faktor-faktor kesihatan
f. Penyakit semasa pembesaran
g. Kemalangan
h. Sosio-ekonomi
i. Masalah emosi
j. Kekecewaan dan rasa rendah diri

Antara ciri-cirinya pula ialah:
1. Samada pendiam, tidak aktif ataupun banyak bercakap
2. Sukar berkomunikasi dengan kanak-kanak lain.
3. Sering salah eja dan mempunyai tulisan yang amat sukar untuk dibaca.
4. Menulis huruf terbalik.
5. Idea yang tidak berkembang atau tidak tersusun.
6. Kurang perbendaharaan kata dan penggunaan tatabahasa yang tidak tepat.

Lazimnya, murid-murid istimewa ini akan diajar dengan cara yang berbeza. Strategi pembelajaran dan pembelajaran hanya khas untuk mereka. :) Antara contoh pembelajaran dan pembelajaran ialah:
1. Kurangkan dendaan yang negatif.
2. Senang ke susah
3. Konkrit ke abstrak
4. Banyak menggunakan pancaindera

Antara mereka yang memeriahkan kelas!!

Begitulah secara ringkasnya mengenai murid-murid lembam. Sehingga berjumpa lagi!!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...