Pemikiran kanak-kanak istimewa agak berbeza dengan kanak-kanak biasa. Perasaan, luahan isi hati, juga berbeza. Apalagi cara belajar. Juga berbeza. Apa yang penting, sokongan dan bimbingan dari guru serta keluarga amat diperlukan.
Untuk kanak-kanak istimewa, jangan malu jangan segan. Ada banyak lagi cara untuk belajar untuk kamu. Antaranya:
1. Minta bantuan guru
2. Minta bantuan rakan
3. Minta bantuan juga daripada ibu bapa
4. Hampiri adik-beradik
5. Catatkan perkataan baru
6. Gunakan penanda buku untuk membaca dalam garisan yang betul
7. Membaca dengan kuat
8. Bina model atau lukis gambar
9. Pastikan tugasan tidak terlalu banyak
10. Guna komputer juga amat membantu
11. Sediakan buku latihan di rumah untuk latihan diri sendiri
12. Minta masa yang lebih sekiranya tidak mampu menyiapkan pada masa yang ditetapkan
sumber: Mengapa Kanak-Kanak Sukar Belajar, K.A Razhiyah, 2006
No comments:
Post a Comment