Tuesday, 21 June 2011

Tanda Awal Masalah Pembelajaran

Kanak-kanak yang mengalami masalah pembelajaran berkemungkinan besar akan terbantut perkembangan interaksi, sukar memahami persekitaran dan sebagainya sekiranya tidak dikesan dan dibantu dari awal lagi.
Namun begitu, kanak-kanak ini juga sangat sukar untuk dikesan pada awal usia. Walaubagaimanapun, terdapat tanda awal yang mampu digunakan untuk mengesan kanak-kanak istimewa ini pada usia 4 hingga 7 tahun, menurut Jamila K.A Mohamed (Pendidikan Khas untuk Kanak-Kanak Istimewa)

gambar ihsan google

Peringkat usia 4 hingga 5 tahun

* Lambat bercakap, berbanding kanak-kanak lain 
*Masalah penyebutan
*Lambat membentuk perbendaharaan kata dan sering gagal menggunakan perkataan yang betul
*Sukar membunyikan perkataan
*Sukar memberi tumpuan dan sentiasa resah gelisah
*Menghadapi masalah dalam interaksi dengan rakan
*Sukar mengikut arahan ataupun rutin

Peringkat usia 6 hingga 7 tahun

*Lambat belajar hubung kait antara abjad dan bunyi
*Keliru dalam memahami perkataan kata dasar
*Sering melakukan kesilapan dalam membaca dan mengeja, termasuk keliru dalam bentuk huruf yang hampir serupa
*Sukar mengingat fakta
* Sukar mempelajari kemahiran baru terutama yang melibatkan hafalan
* Sering bersikap kelam kabut dan gagal membuat perancangan
*Tidak dapat memegang pensil ddengan betul
*Sukar mengingat masa
*Mengalami masalah koordinasi mata-tangan
*Kurang menyedari keadaan fizikal di sekeliling dan sering melanggar sesuatu objek

sumber: Pendidikan Khas untuk Kanak-Kanak Istimewa, Jamila K.A Mohamed, 2006

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...