Saturday, 19 March 2011

Adakah Anda Tahu Apa Itu Pendidikan Khas?

   Bila anda mendengar perkataan pendidikan khas, apakah tanggapan pertama anda? Adakah terus terbayang di minda anda gambaran yang tepat? Atau sipi-sipi tepat? Atau memang tidak terbayangkan? 



  Banyak persoalan bagi yang ingin mengetahui dan juga bagi yang ingin mengambil berat.
  Baiklah, sebagai permulaan PPKI SMK Sri Aman ingin memperkenalkan ciri-ciri PROGRAM PENDIDIKAN KHAS kepada anda.
  Yang penting, ciri pertama ialah guru-guru yang terlatih khas. Guru khas untuk mengajar murid khas. Begitulah lumrahnya. 


  Ciri yang kedua ialah pendekatan pelbagai disiplin. Ianya penting dalam memberi khidmat bantuan kepada murid-murid mengikut keperluan.
  Yang seterusnya ialah, rancangan pendidikan individu, kurikulum khas, objektif pengajaran yang nyata, bermakna dan berjangka pendek. Ianya diformulakan sedemikian rupa agar sesuai dengan tahap keupayaan murid-murid.
  Antara ciri-ciri yang lain ialah analisis tugasan, penglibatan murid secara aktif dalam pengajaran dan pembelajaran, penilaian yang berterusan, penyimpanan rekod dan RPI.
  Manakala yang terakhir ialah, kaedah pengajaran khas. Amat penting bagi guru-guru khas dan juga murid-murid khas. Ini membolehkan para guru memastikan murid-murid mampu mencapai objektif dan kemahiran yang akan dimanfaatkan di kemudian hari. 


  Itulah ciri-ciri pendidikan khas. Semoga kita sama-sama memperoleh ilmu ilmiah yang boleh dikongsi dengan orang ramai. InsyaAllah, akan bertemu lagi.


ALL RIGHTS RESERVED


2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...