Friday, 25 March 2011

Siapa Mereka Guru Pendidikan Khas

 Selamat bertemu kembali! Dimulai dengan mood riang gembira. Berkaitan dengan tajuk, ya.. sebaiknya kita kenali dahulu guru-gurunya kemudian baru murid-muridnya. Minat, tidak putus asa, sabar, empati, prihatin, pemurah, kasih sayang, berpengetahun dan panjang lagi senarai kriteria guru pendidikan khas dari buku "Menjadi Guru Pendidikan Khas" oleh K.A Razhiyah.

     Ada pepatah mengatakan, hanya guru yang istimewa dapat mengajar murid yang istimewa! ehem... :) Jom kita selongkar rahsia guru-guru pendidikan khas. Dunia pendidikan khas adalah dipenuhi dengan hari-hari yang mencabar dan menyeronokkan. Mengapa ada yang ingin menjadi guru pendidikan khas? Mari tengok senarai dari buku "Menjadi Guru Pendidikan Khas" yang ditulis oleh K.A Razhiyah.

     a. Minat
     b. Cabaran baru
     c. Hubungan sebelumnya
     d. Balik kampung
     e. Tiada pilihan
     f. Eskapisme

     Bagi senarai d, e dan f, agak sensitif juga ya. Dikatakan bidang ini sering memerlukan tenaga pengajar dan selalunya guru-guru akan bakal ditempatkan di negeri kelahiran masing-masing kerana masih banyak kekosongan. Tapi bukanlah semua ya. Ada juga yang ditempatkan jauh dari kampung atau tempat asal. Lebih-lebih jika tempat itu baru saja dibuka kelas pendidikan khas. Tiada pilihan, bermaksud itu sahaja yang ditawarkan tanpa memberi peluang lain. Ya, memang tiada pilihan jika dari awal memang sudah memilih untuk mengikuti kursus pendidikan khas. Tapi sebelum memilih kursus, kita dibentangkan dengan pelbagai pilihan. Manakala eskapisme dikatakan golongan yang paling dahsyat. hu.. Golongan ini menceburi bidang pendidikan khas hanya kerana berpendapat bidang ini adalah bidang yang paling senang dan kurang kerjanya. Sudah salah tanggapan disitu. Realitinya, bidang ini adalah bidang di mana guru-gurunya perlu bekerja keras berganda untuk memastikan murid-murid mampu berdikari. :)
     Secara am, seseorang perlu mengambil kursus pendidikan khas sebelum menjadi guru di dalam bidang ini. Dan secara khasnya, guru pendidikan khas haruslah beraura positif. Ianya mempengaruhi cara pengajaran, pembelajaran dan juga murid-murid.
     Tidak dapat dinafikan guru pendidikan khas adalah guru serba boleh. Selain mengajar, guru pendidikan khas mempunyai tugas-tugas sampingan. Antaranya ialah ibu bapa kedua di sekolah, kaunselor, perunding cara, ahli jawatankuasa RPI, sumber resos, penyiasat, tukang kebun (sekiranya ada matapelajaran berkaitan), pengasuh, kerani dan lain-lain lagi.
     Guru pendidikan khas adalah guru yang berada di dunia yang menyeronokkan walaupun banyak tanggungjawab di bahu. 
    Sehingga berjumpa lagi!!

ALL RIGHTS RESERVED

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...