Friday, 25 March 2011

Pembantu Pengurusan Murid PPKI

      Hi! Bersua kembali juga dengan mood yang ceria! Jika pada catatan yang lepas kita sudah berkenalan dengan guru-guru pendidikan khas, apa kata pada kali ini kita berkenalan pula dengan Pembantu Pengurusan Murid. Seseorang yang amat penting dalam melancarkan pengurusan PPKI.

     Ringkasnya, Pembantu Pengurusan Murid adalah PPM. Mudah untuk disebut kan? Seseorang yang amat penting dalam pengurusan tidak mengira yang berkaitan dengan murid ataupun kelas. Bak kata, tak ada PPM maka tempanglah PPKI. psstttt... bukan bodek ya.. :)


     Jom, kita lihat siapa PPM ini,
ooppsss... PPM PPKI yang tengah menolong dalam subjek Masakan


       atau tepatnya senarai tugas PPM. :)


    1. Menjaga Hal Ehwal Murid Pendidikan Khas

    2. Pengurusan Bilik Darjah/Bangunan Pendidikan Khas
    3. Pengurusan Dokumen dan Stok Pendidikan Khas
    4. Perjalanan Pengajaran dan Pembelajaran
    5. Pengurusan / Pergerakan dan Aktiviti Murid Pendidikan Khas (Mobiliti)
    6. Tugas Sewaktu Cuti Sekolah

    Sekarang, kita lihat pula contoh jadual kerja seorang PPM. Sumber dari Unit
Pendidikan Khas.

MASA
AKTIVITI
      7.00 am - 7.30 am
· membuka kelas dan menyambut kedatangan murid.
· mengambil buku rekod kedatangan
· mengurus murid RMT
· toilet training
· menyediakan bahan pembelajaran.
· mengawal kelas dan mengatur murid mengikut kelas masing-masing
      7.30 am – 9.30 am
· membantu dalam proses P&P
· menghantar buku rekod kedatangan
· rehat 20 minit ( sebelum murid rehat )
  9.30 am – 10.00 am
( REHAT MURID )
· membantu pergerakan murid sebelum, semasa dan selepas makan di kantin
· membantu pengurusan diri
      10.00 am - 01.00 pm
· membantu dalam proses P&P
· mengemas dan menyimpan alatan yang telah digunakan dalam P&P
· memastikan murid pulang dengan selamat
      01.00 pm – 2.00 pm    
        REHAT
      2.00 pm – 4.00 pm
· menyusun atur kerusi dan meja
· memastikan kebersihan kelas
· memastikan semua suis peralatan elektrik ditutup
· memastikan pintu dan tingkap kelas ditutup dan dikunci
· membantu tugas surat menyurat
· mengemaskini dokumen
· menyediakan bahan bantu mengajar untuk persediaan P&P keesokkan hari


     Itulah tanggungjawab seseorang PPM. Khidmat tenaga dan buah fikiran yang amat
diperlukan dan dihargai oleh keluarga PPKI. 
     PPKI SMKSA terutamanya amat bertuah mempunyai seorang PPM yang amat  
berdedikasi dan tekun. :) 

ALL RIGHTS RESERVED

3 comments:

  1. saya nk berkongsi pengalaman sepanjang awak bekerja menjadi ppm integrasi...saya pun ppm integrasi ttp sekolah rendah...mungkin ada perbeza sdkit kot..suka tengok aktiviti skolah awak....

    ReplyDelete
  2. Tahniah , memberikan contoh kerja terbaik. Semoga rezeki anda di sini diberkati Allah

    ReplyDelete
  3. Nak tanya ada x pekeliling masa kerja ppmintegrasi ni....masa datang jam berapa masa balik jam berapa

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...