Walaupun tidak semua ibu bapa mampu menghadirkan diri, PPKI SMKSA amat berbesar hati dengan kedatangan para ibu bapa pada hari tersebut. PPKI SMKSA juga amat gembira dengan kerjasama yang telah diberikan. Tersenyum dengan lebarnya....
Jom teruskan membaca apa yang PPKI SMKSA ingin kongsikan mengenai RPI ini. Baiklah, RPI adalah satu pernyataan ringkas tentang tahap prestasi seseorang murid. Perancangan dan pelaksanaan ini lazimnya mengambil masa sebulan/2 bulan atau 3 bulan. Bergantung dengan keupayaan pelajar.
Istimewanya RPI ini, objektif ditentukan oleh ibu bapa dan juga guru subjek, bersama-sama. Dan murid tersebut akan diajar secara individu oleh guru subjek. Waktu bagi RPI pula ialah bukan waktu pengajaran dan pembelajaran guru subjek. Jelas ya? Kalau tidak jelas, bolehlah kemukakan soalan. :)
Mesyuarat ini dipengerusikan oleh pihak pentadbir sekolah, dikendalikan oleh guru/penyelaras PPKI serta disertai oleh guru-guru, pembantu pengurusan murid dan juga para ibu bapa. Mesyuarat ini mengambil masa sehingga pukul 4petang.
Hasil dari mesyuarat, RPI akan dilaksanakan terlebih dahulu dengan subjek Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan juga Matematik. Sesi RPI pula akan mengambil masa 35minit/1waktu pengajaran dan pembelajaran sekolah. Jadi, dalam sehari akan ada RPI untuk 3 subjek yang telah terpilih.
Begitulah situasi PPKI SMKSA kelmarin. Semoga ia memberi manfaat kepada semua pihak. Sekali lagi, PPKI SMKSA mengucapkan ribuan terima kasih kepada para ibu bapa yang sudi datang, dan berharap agar kerjasama yang diberikan akan berterusan di masa akan datang.
ALL RIGHTS RESERVED
No comments:
Post a Comment