Bertemu kembali! Seperti biasa, mood yang sangat ceria dan indah pada hari ini. Mari kita berkenalan dengan murid-murid pendidikan khas bermasalah pembelajaran.
Mengikut definisi daripada Kirk(1993), murid-murid pendidikan khas adalah kanak-kanak yang berbeza daripada kanak-kanak biasa dari segi:
a. a. Keupayaan komunikasi
b. b. Pelbagai kekurangan
c. c. Ciri-ciri mental
d. d. Keupayaan deria
e. e. Ciri-ciri saraf dan otot ataupun fizikal
f. f. Tingkah laku sosial atau emosi
Atau lebih ringkasnya, murid-murid istimewa ini adalah kanak-kanak yang mempunyai masalah neurologi hingga menjejaskan pemahaman, penggunaan bahasa, pertuturan, penulisan, berfikir, membaca, menulis, mengeja dan mempunyai kesukaran di dalam matematik.
Oleh kerana mereka tidak mampu mengikuti pelajaran di dalam kelas aliran perdana, maka mereka ditempatkan di sekolah/kelas program pendidikan khas.
Selanjutnya adalah senarai kategori bagi murid-murid bermasalah pembelajaran:
a. a. Kurang upaya fizikal
b. b. Palsi serebrum
c. c. Masalah pembelajaran
d. d. Masalah pembelajaran khas (slow learner)
Bagi masalah pembelajaran pula boleh dikategori kepada:
a. a. Lewat perkembangan
b. b. Sindrom down
c. c. Austisme
d. d. Attention Deficit Hyperactive Disorder
e. e. Terencat akal
f. f. Disleksia
g. g. Disgraphia
h. h. Discalculia
Untuk pengetahuan umum, murid-murid PPKI SMKSA sebahagian besarnya adalah tergolong dalam masalah pembelajaran khas (slow learner), seorang kategori palsi serebrum dan seorang di dalam kategori terencat akal.
Sehingga bertemu kembali!
Sehingga bertemu kembali!
Sumber: “Mengurus Kanak-Kanak yang Susah Belajar” Mohd Sharani Ahmad, PTS PROFESSIONAL, (2006)
“Menjadi Guru Pendidikan Khas,” K.A Razhiyah, PTS PROFESSIONAL (2005)
Maklumat data murid-murid PPKI SMKSA
ALL RIGHTS RESERVED
No comments:
Post a Comment