Pendidikan Khas Malaysia di sekolah-sekolah adalah merangkumi sekolah khas, program integrasi, pendidikan inklusif dan pendidikan separa inklusif.
Sekolah khas adalah sekolah untuk murid-murid khas semata-mata. Guru, kurikulum dan aktiviti sekolah adalah tertumpu dan fokus hanya untuk pendidikan khas. Manakala program integrasi adalah program pendidikan khas yang berkongsi tempat dengan sekolah aliran perdana.
Pendidikan inklusif pula adalah program bagi menempatkan murid khas yang telah menguasai sebahagian besar matapelajaran akademik ke kelas aliran perdana. Program inklusif terbahagi kepada separa inklusif dan inklusif sepenuh masa. Untuk separa inklusif, murid khas mengikuti kelas aliran perdana bagi subjek-subjek tertentu sahaja. Manakala bagi inklusif sepenuh masa, murid khas akan mengikuti pembelajaran sepenuhnya di kelas aliran perdana. Sekiranya mereka layak dari segi pencapaian akademik, mereka harus diberi peluang untuk menduduki peperiksaan awam Malaysia.
Jelas sudah bukan? :)
Baik, sekarang kita bercerita mengenai kurikulum Program Pendidikan Khas Integrasi. Kurikulum PPKI ialah kurikulum kebangsaan yang diubahsuai mengikut keupayaan murid. PPKI juga menggunakan kurikulum alternatif di samping kurikulum latihan industri yang disediakan oleh Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan (MLVK). Kurikulum PPKI juga termasuk kurikulum yang dibina khusus oleh Jabatan Pendidikan Khas.
Sama seperti sekolah khas, Program Integrasi Pendidikan Khas juga terbahagi kepada 3:
1. PPKI Bermasalah Penglihatan
2. PPKI Bermasalah Pendengaran
3. PPKI Bermasalah Pembelajaran
PPKI SMK Sri Aman adalah di dalam kategori ke 3, iaitu PPKI Bermasalah Pembelajaran.
Setakat ini dulu catatan PPKI SMK Sri Aman. Sehingga berjumpa lagi.. :)
ALL RIGHTS RESERVED
No comments:
Post a Comment