Monday, 19 September 2011

Jamuan Aidilfitri PPKI 2011

Salam Syawal untuk semua..
Di kesempatan ini, PPKI SMKSA mengucapkan Selamat Aidilfitri buat semua.
Pada 09 September, hari Jumaat, PPKI SMSA telah mengadakan jamuan kecil Aidilfitri 2011.

Jamuan ini dijayakan oleh keluarga PPKI SMKSA.
Terima kasih diucapkan kepada guru-guru, PPM, dan murid-murid PPKI SMKSA.


Para tetamu dan tuan rumah

 Antara juadah yang ada





Sesi menjemput tetamu makan

Tuan rumah menuangkan air untuk tetamu

Menikmati juadah yang terhidang


Sehingga bertemu kembali... 

Monday, 11 July 2011

Aktiviti Pendidikan Jasmani dan Kesihatan

Murid-murid amat meminati aktiviti-aktiviti Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJK).
Pada beberapa minggu yang lepas, mereka mempelajari dan diberi peluang untuk bermain badminton.





Murid-murid juga belajar mengenai kerja berpasukan dan semangat kesukanan mereka amat mengujakan.. :)

Tuesday, 21 June 2011

Cara Yang Sesuai Untuk Belajar

Pemikiran kanak-kanak istimewa agak berbeza dengan kanak-kanak biasa. Perasaan, luahan isi hati, juga berbeza. Apalagi cara belajar. Juga berbeza. Apa yang penting, sokongan dan bimbingan dari guru serta keluarga amat diperlukan.

gambar ihsan google

Tanda Awal Masalah Pembelajaran

Kanak-kanak yang mengalami masalah pembelajaran berkemungkinan besar akan terbantut perkembangan interaksi, sukar memahami persekitaran dan sebagainya sekiranya tidak dikesan dan dibantu dari awal lagi.
Namun begitu, kanak-kanak ini juga sangat sukar untuk dikesan pada awal usia. Walaubagaimanapun, terdapat tanda awal yang mampu digunakan untuk mengesan kanak-kanak istimewa ini pada usia 4 hingga 7 tahun, menurut Jamila K.A Mohamed (Pendidikan Khas untuk Kanak-Kanak Istimewa)

Monday, 16 May 2011

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE PERPUSTAKAAN AWAM

Salam ceria salam Hari Guru kepada semua!
PPKI SMKSA mengucapkan selamat Hari Guru kepada semua guru seluruh Malaysia. Semoga jasa kalian dibalas dengan limpahan berkat dari Yang Maha Esa.
Baiklah, aktiviti terkini PPKI SMKSA adalah lawatan sambil belajar ke perpustakaan awam daerah Sri Aman.


Sunday, 1 May 2011

Murid-Murid Membuat Puding

Salam ceria salam bahagia! Bertemu lagi di ruangan blog PPKI SMKSA. Kali ini, PPKI SMKSA ingin berkongsi pengalaman murid-murid semasa kelas Kemahiran Hidup-Masakan. Jom!

Monday, 25 April 2011

Lembam (Slow Learner)

Bersua kembali! Sangat ceria sangat gembira! Kali ini PPKI SMKSA ingin sekali mengajak kalian untuk mengenali murid-murid LEMBAM atau SLOW LEARNER. Ini adalah kerana sebahagian besar murid-murid PPKI SMKSA adalah kategori lembam.

Tuesday, 12 April 2011

Lawatan Mini Kelas PPKI 1

     Bertemu kembali dengan lebih ceria! Kali ini PPKI SMKSA ingin memaparkan aktiviti pembelajaran dan pengajaran(p&p) kelas (PPKI 1) untuk subjek Bahasa Malaysia. Murid-murid telah dibawa melawat ke...


Wednesday, 30 March 2011

Siapa Mereka Yang Terkenal Itu

      Salam sejahtera salam ceria! Apa khabar anak-anak kita? Murid-murid kita? Setiap hari adalah hari-hari yang istimewa. Kali ini kita tinjau siapa mereka yang terkenal itu? Istimewanya mereka..

Tuesday, 29 March 2011

Mari Kenali Murid-Murid Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran.

     Bertemu kembali! Seperti biasa, mood yang sangat ceria dan indah pada hari ini. Mari kita berkenalan dengan murid-murid pendidikan khas bermasalah pembelajaran.

Friday, 25 March 2011

Pembantu Pengurusan Murid PPKI

      Hi! Bersua kembali juga dengan mood yang ceria! Jika pada catatan yang lepas kita sudah berkenalan dengan guru-guru pendidikan khas, apa kata pada kali ini kita berkenalan pula dengan Pembantu Pengurusan Murid. Seseorang yang amat penting dalam melancarkan pengurusan PPKI.

Siapa Mereka Guru Pendidikan Khas

 Selamat bertemu kembali! Dimulai dengan mood riang gembira. Berkaitan dengan tajuk, ya.. sebaiknya kita kenali dahulu guru-gurunya kemudian baru murid-muridnya. Minat, tidak putus asa, sabar, empati, prihatin, pemurah, kasih sayang, berpengetahun dan panjang lagi senarai kriteria guru pendidikan khas dari buku "Menjadi Guru Pendidikan Khas" oleh K.A Razhiyah.

Wednesday, 23 March 2011

Mesyuarat Pelaksanaan Rancangan Pendidikan Individu (RPI)

      Berjumpa lagi! Kali ini PPKI SMK Sri Aman ingin sekali berkongsi perkembangan aktiviti yang berlaku di sini. Pada 22 Mac 2011, pukul 2.30pm (atau berbelas minit kemudiannya), mesyuarat pelaksanaan Rancangan Pendidikan Individu atau RPI SMK Sri Aman, telah pun dijalankan buat julung-julung kalinya.

Monday, 21 March 2011

PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI

   Berjumpa lagi kita di alam maya tanpa sempadan ini. Jika pada catatan lepas, PPKI SMK Sri Aman memaparkan atau menjelaskan apakah itu pendidikan khas, pada kali ini PPKI SMK Sri Aman ingin memperkenalkan pula Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) :)

Saturday, 19 March 2011

Adakah Anda Tahu Apa Itu Pendidikan Khas?

   Bila anda mendengar perkataan pendidikan khas, apakah tanggapan pertama anda? Adakah terus terbayang di minda anda gambaran yang tepat? Atau sipi-sipi tepat? Atau memang tidak terbayangkan? 

Friday, 18 March 2011

Pembinaan Blog PPKI SMK Sri Aman

    Pada tahun 2011, para tenaga pengajar dan pembantu pengurusan murid PPKI SMK Sri Aman telah mengusulkan pembinaan blog khusus untuk PPKI. Pembinaan blog ini dilihat sebagai medium maklumat yang tepat dan cepat bagi perkongsian ilmu dan berita dari PPKI.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...